Latar Belakang Sekolah Sepintas Lalu
Diawal penubuhan, Sekolah Menangah Agama Dato' Haji Mustafa dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Serting Ulu. Bermula dengan bangunan kecil yang dibina hasil gotong-royong penduduk kampung dan usaha gigih Tuan Haji Mustafa, maka terdirilah bangunan yang dimanfaatkan oleh anak-anak kampung setempat yang bilangan pada mulanya hanya sedikit sahaja jumlahnya, saban tahun semakin meningkat jumlahnya hingga ke hari ini. Menyedari pertambahan serta sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari anak-anak penduduk setempat malah menarik minat pelajar-pelajar dari luar Negeri Sembilan seperti Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Pahang, dan lain-lain, maka pihak pihak kerajaan Negeri telah bersetuju menambah infastruktur seperti bangunan sekolah, bangunan asrama, bangunan Kemahiran Hidup Bersepadu, dan Dewan Khalid Al Walid untuk kemudahan pelajar-pelajar ini khususnya. Pembinaan prasarana sekolah dijangka akan bertambah pada tahun-tahun hadapan memandangkan kehendak dan permintaan yang tinggi daripada masyarakat. Ini kerana matlamat sekolah menekankan aspek kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah.
catatan, info, latar belakang, Sejarah, SMADHM
Sabtu, 4 Julai 2009 |
Dicatat oleh
SMADHM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tentang penulis
- SMADHM
- Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan... nama lamanya Sek Men Agama Serting Ulu (SMASU). Motto sek ini,"SENSIVITI MENCERMERLANGKAN AKLIAH SERTA UBUDIAH"
0 ulasan:
Catat Ulasan